Skip to main content

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF

DEFINISI PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Slavin (1982), mendefinasikan pembelajaran koperatif sebagai kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pembelajaran koperatif juga dapat difahami sebagai pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil di mana pelajar bekerja bersama-sama untuk memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan pembelajaran sesama mereka. Maka, secara umumnya, pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur.

PENDEKATAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pendekatan kaedah pembelajaran koperatif dapat dibahagikan kepada:
  •         Pendekatan Konseptual.
  •         Pendekatan Kurikulum.
  •         Pendekatan Berstruktur.

Pendekatan Konseptual
Pendekatan konseptual ini dipelopori oleh David dan Roger Johnson. Melalui pendekatan konseptual, tiada tatacara atau langkah tertentu dalam melaksanakan pembelajaran koperatif dengan menggunakan pendekatan ini. Sebaliknya, amalan dalam kelas perlu memaparkan 5 elemen utama, iaitu saling bergantungan secara positif, penanggungjawaban kendiri, interaksi bersemuka, pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit, dan pemerosesan kumpulan; jikalau tidak, ianya adalah pembelajaran kumpulan tradisional.

Pendekatan Kurikulum
Pendekatan kurikulum ini dipelopori oleh Robert Slavin. Dalam pendekatan kurikulum pula, terdapat beberapa model tertentu yang mempunyai langkah-langkah spesifik yang mana dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Misalnya, Student Teams-Achievement Divisions (STAD) dan Jigsaw II. Bagi STAD, model ini adalah kaedah pembelajaran koperatif yang umum dan digunakan secara meluas untuk pelbagai subjek dan peringkat akademik (Ronald, 1991). Selain itu, bagi Jigsaw II pula merupakan satu teknik yang dikembangkan dan diadaptasi oleh Slavin (1986) daripada teknik Jigsaw yang dibentuk oleh Elliot Aronson (1974). Jigsaw II ini memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai keseluruhan konsep sebelum menjadi pakar pada bahagian tertentu. Namun, terdapat juga model lain yang dibawah pendekatan kurikulum ini seperti Pertandingan-Permainan-Pasukan (PPP) atau Teams-Games-Tournaments (TGT), Team Assisted Individualization (TAI) dan Cooperative Integrated Reading and Composition (CIRC).

Pendekatan Berstruktur
Pendekatan berstruktur dipelopori oleh Spencer Kagan. Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disesuaikan dengan isi kandungan. Maka, dalam pendekatan ini, terdapat lebih daripada 50 struktur (dengan nama-nama tertentu) yang dapat disesuaikan dengan isi kandungan. Misalnya, RoundRobin, RoundTable, Think-Pair-Share, Mix-N-Match, dan Corners. Struktur boleh digunakan mengikut tujuan tertentu – team building (kumpulan kecil), Classbuilding (satu kelas), Masteri, Kemahiran berfikir, Perkongsian Maklumat dan Kemahiran Berkomunikasi.

ELEMEN DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF
Tunjang kepada pendekatan konseptual dan pendekatan yang lain terdiri daripada 5 elemen. Setiap elemen adalah penting supaya pelajar dapat menterjemahkannya ke dalam amalan pengajaran. Lima elemen dalam pembelajaran koperatif adalah seperti yang berikut:

1. Saling bergantungan secara positif.
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Maka, akan wujud saling bergantung secara positif yang kuat dalam sesuatu kunpulan. Maka, dengan kewujudan saling bergantungan secara positif, ahli-ahli dalam kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan dan seterusnya, akan memastikan kumpulan mereka berjaya.

2. Penanggungjawab kendiri.
Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada tugasan atau aktiviti kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing. Maka, bagi menilai penanggungjawab kendiri atau akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan, satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut. Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu. Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan atau idea mereka. Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat secara individu.

3. Interaksi bersemuka.
Interaksi bersemuka disini bermaksud pelajar-pelajar memajukaan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, berkongsi dan menggalakkan usaha pembelajaran. Melalui interaksi bersemuka, ahli-ahli dalam kumpulan yang sama berdialog atau berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan persefahaman serta kemajuan. Kedudukan mata-bertentangan-mata, lutut-bertentangan-lutut dan bahu-berhampiran-bahu dapat memupuk perkongsian ide, resos ataupun jawapan. Selain itu, ia dapat memupuk semangat kekitaan dalam kalangan ahli kumpulan.

4. Pengajaran kemahiran sosial secara eksplisit.
Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran koperatif seperti mengikut giliran, memberi galakan, mendengar, memberikan pertolongan dan meminta pertolongan, meminta penjelasan ataupun meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut norma-norma masyarakat dan sebagainya lagi. Maka, bagi memastikan pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran-kemahiran ini kepada pelajar. Kemahiran-kemahiran ini penting kerana ianya akan dapat memupuk ciri-ciri kepimpinan, kepercayaan, membuat keputusan dan sebagainya lagi dalam kalangan pelajar.

5. Pemerosesan kumpulan.
Melalui elemen ini ahli-ahli dalam sesebuah kumpulan akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Selain itu, setiap kumpulan akan membuat refleksi tentang cara kumpulan masing-masing telah berfungsi serta menentukan ciri-ciri yang telah menyebabkan kumpulan mereka berfungsi dengan baik. Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan terhadap apa yang boleh mereka mengubah supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi.

~Semoga Bermanfaat~😃

KUMPULAN 5

Comments

Popular posts from this blog

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik darjah apabila para pe

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah aktiviti menlibatkan penerokaan, hands-on, minds-on, hearts-on dan pentaksiran. Ketiga, menga