Skip to main content

TEORI KONSTRUKTIVISME


Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh (deconstruct), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.
                   Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah aktiviti menlibatkan penerokaan, hands-on, minds-on, hearts-on dan pentaksiran. Ketiga, mengaplikasi idea dengan aktiviti pengayaan melalaui penyelesaian masalah dan pentaksiran. Keempat pula, refleksi atau penutup bertujuan untuk membandingkan pengetahuan baru dengan idea lama agar dapat membuat kesimpulan dan pentaksiran. Teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang digunakan sebagai panduan dalam pendidikan. Penggunaan pendekatan yang memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu PdP dalam bidang pendidikan. Konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
Pembelajaran secara kontruktivisme bermaksud suatu kaedah pembelajaran yang menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan sejarah dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Guru sebagai pembimbing perlu membantu proses ini dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran yang menggalakkan murid untuk membuat analisis, tafsiran dan amalan kendiri. Guru harus mendorong proses pembelajaran murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan sering mengadakan perbincangan kumpulan dalam kalangan murid.
Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda murid. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh murid itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Hal ini bermakna, pembelajaran merupakan hasil daripada usaha murid itu sendiri dari pengalaman sedia ada mereka dan bukan dipindahkan daripada guru kepada murid. Bagi membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina.

KUMPULAN 3 

Comments

Popular posts from this blog

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik dar...

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE DEFINISI MODEL ASSURE Model ASSURE adalah model pengajaran yang bersistem dan berstruktur, di mana ‘matlamat’ dan ‘objektif’ pengajaran ditentukan dahulu secara ekpilisit.  Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan bentuk pengajaran yang digunakan akan member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja (Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu, 2005). Heinich (1982) menyatakan Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Terdapat enam perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu: 1.         A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar) 2...