Skip to main content

TEORI BEHAVIORISME


Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu.
Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui  perkaitan antara rangsangan dengan  tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana  guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik darjah apabila para pelajar menghasilkan tindak balas yang sama. Misalnya, setiap kali ujian kimia dijalankan pelajar akan berasa gementar dan rasa gementar ini juga turut wujud semasa ujian biologi diadakan kerana kedua-dua matapelajaran ini mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Diskriminasi pula boleh berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Sebagai contoh, setiap kali setiap kali guru yang segak bergaya dan anggun atau elegen masuk ke kelas untuk mengajar matematik misalnya, maka secara tidak langsung rangsangan telah berlaku. Para pelajar akan tertarik untuk belajar. Apabila rangsangan berlaku, akan wujud tidak balas yang positif daripada pelajar. Setiap kali guru tersebut masuk ke kelas mengajar, para pelajar akan meminati subjek matematik. Namun sebaliknya jika guru yang mengajar matematik itu bukanlah guru yang segak bergaya maka rangsangan tidak akan berlaku. Maka setiap kali guru tersebut masuk ke kelas, para pelajar tidak akan minat untuk belajar matematik. Seterusnya, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Hal ini dapat dilihat apabila guru tidak lagi memberikan pujian (rangsangan) kepada pelajar yang rajin di dalam kelas, maka lama kelamaan, sikap rajin tersebut akan hilang dan dihapuskan kerana tiadanya rangsangan. Walaupun guru yang mengajar adalah guru yang sama namun tanpa rangsngan maka tindak balas tidak akan berlaku.
Pelaziman Operan Skinner ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu bertindak  ke atas persekitarannya melalui pilihan. Teori ini dapat diaplikasikan dalam bilik darjah melalui tiga cara. Seorang guru boleh melakukan peneguhan positif, peneguhan negatif dan hukuman dalam menghasilkan gerak balas dalam tingkah laku.  Sebagai contoh untuk peneguhan positif, apabila seorang pelajar mendapat markah peperiksaan tertinggi dalam kelas, guru memberikan penghargaan di khalayak ramai dengan meberikan pujian di hadapan rakan-rakanya dalam kelas. Guru juga boleh memberikan penghargaan secara kebendaan sebagai contoh hadiah berupa duit. Hal ini secara tidak langsung memebrikan motivasi kepada pelajar tersebut untuk  mengulangi tingkah laku yang lebih rajin untuk belajar. Hal ini jelas menunjukkan peneguhan positif perlu diberikan untuk menigkatkan tingkah laku positif. Manakala peneguhan negatif pula boleh berlaku apabila guru memberikan rangsangan yang menyakitkan dan tidak selesa. Misalnya, apabila seorang pelajar tidak membuat latihan, guru mengambil tindakan dengan menahan pelajar tersebut untuk menyiapkan latihan tersebut sehingga selesai. Bayangkan sekiranya setiap hari dia ditahan untuk tempoh satu jam, tentunya pelajar tersebut akan merasakan terbeban dan tidak lagi seronok untuk melakukan tingkah laku tersebut. Kesannya, pelajar tersebut akan sentiasa menyiapkan latihan tersebut. Seterusnya, memberikan  hukuman untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Hukuman adalah tindakan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Sebagai contoh, guru memberikan hukuman denda berbentuk kewangan dimana setiap kali pelajar bising di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran, hukuman denda 50 sen akan dikenakan ke atas pelajar yang bising. Oleh itu, untuk mengelakkan daripada membayar denda, maka tingkah laku bising yang negatif itu akan dikurangkan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

KUMPULAN 3 

Comments

Popular posts from this blog

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah aktiviti menlibatkan penerokaan, hands-on, minds-on, hearts-on dan pentaksiran. Ketiga, menga

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF DEFINISI PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Slavin (1982), mendefinasikan pembelajaran koperatif sebagai kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pembelajaran koperatif juga dapat difahami sebagai pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil di mana pelajar bekerja bersama-sama untuk memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan pembelajaran sesama mereka. Maka, secara umumnya, pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. PENDEKATAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Pendekatan kaedah p