Skip to main content

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE


DEFINISI MODEL ASSURE
Model ASSURE adalah model pengajaran yang bersistem dan berstruktur, di mana ‘matlamat’ dan ‘objektif’ pengajaran ditentukan dahulu secara ekpilisit.  Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan bentuk pengajaran yang digunakan akan member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja (Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu, 2005). Heinich (1982) menyatakan Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Terdapat enam perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu:

1.         A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar)
2.         S = State objectives (nyatakan objektif)
3.         S = Select media & materials (memilih bahan dan media)
4.         U = Utilize media & materials (menggunakan bahan dan media)
5.         R = Require learner participation: melibatkan pelajar dalam
6.         E = Evaluate & revise: menaksir, menilai dan menambah baik


HURAIAN ENAM PERKARA PENTING DALAM MODEL ASSURE
1.Kenal pasti pelajar
Perlu bagi menentukan kesesuaian di antara media dan bahan sumber yang dipilih bagi mendatangkan pembelajaran yang berkesan. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan adalah bilangan pelajar, jantina/umur, pengetahuan sedia ada/tahap pelajar dan gaya pembelajaran (learning styles). Tahap kebolehan murid melibatkan tahap kemahiran atau kompentasi murid pada awal kemasukan ke bilik darjah. Kenal pasti pelajar dapat membantu guru mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh pelajar-pelajar terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Maka, secara tidak lansung guru dapat menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konsruktif selain dapat membantu guru mengesan tahap pelajar misalnya melalui soal jawab dan sebagainya lagi.

2.Nyatakan objektif
Objektif pelajaran yang akan dicapai oleh pelajar mesti sesuai dengan tahap dan pengetahuan pelajar. Selain itu, objektif yang dibuat selari dengan tahap pengetahuan pelajar. Objektif juga harus difokuskan kepada pengetahuan,kemahiran yang dipelajari oleh pelajar. Terdapat 3 domain bagi objektif pembelajaran ialah kognitif, psikomotor, afektif dan kemahiran insaniah.

3.Memilih bahan dan media
Guru perlu memilih bahan dan media berdasarkan kebolehan pelajar dan objektif pelajaran yang ingin dicapai pada sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Elemen-elemn penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan bahan dan media ialah sukatan pelajaran, minat dan perhatian pelajar, senang digunakan pelajar, terbukti keberkesanan media/bahan, melibatkan penglibatan pelajar dan mampu disediakan. Misalnya, jika guru ingin menjalankan aktiviti simulasi, tunjuk ajar dan main peranan, bahan dan media yang sesuai ialah seperti slaid,audio dan video. Guru perlu memilih dan mengubah suai atau mereka bentuk bahan khususnya berdasarkan format media.

4.Menggunakan bahan dan media
Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang ingin disampaikan tepat terus kepada tajuk pelajaran yang ingin disampaikan. Antara peranan guru dalam menggunakan bahan media dengan berkesan ialah prebiu dan bahan sumber agar sesuai dengan objektif dan kumpulan sasaran. Penyediaan bahan sumber iaitu bahan yang perlu dikumpulkan dan disusun sebagaimana dikehendaki mengikut langkah-langkah pengajaran. Penyediaan persekitaran seperti kemudahan seperti plug dan suis dan susunan kedudukan murid.

5.Melibatkan pelajar dalam
Melalui model ASSURE, guru perlu melibatkan pelajar dalam pelbagai latihan,kerja individu atau berpasukan dan seterusnya pembentangan. Misalnya dalam merancang PdP, guru perlu menjalankan aktiviti berkumpulan yang mana memerlukan pelajar untuk berbincang di dalam kumpulan dan seterusnya melakukan pembentangan kepada keseluruhan kelas. Maka, melalui aktiviti ini, secara langsung dapat melibatkan pelajar dalam PdP yang mengikut model ASSURE.

6.Menaksir, menilai dan menambah baik
Melalui Model ASSURE, dalam menaksir, menilai dan menambah baik dapat dilakukan dalam hasil pembelajaran, bahan dan media, pengajaran dan bimbingan guru/fasilitator dan pemulihan/pengayaan. Misalnya, pengajaran dan bimbingan guru atau fasilitator dalam aktiviti berkumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan berlangsung, guru boleh menilai pelajar secara individu atau kumpulan melalui pemerhatian. Pemerhatian yang dibuat kemudiannya akan ditanda dalam rubrik iaitu senarai semak yang telah disediakan guru sebelum bermulanya PdP pada hari berkenaan.

~Semoga Bermanfaat~😃

KUMPULAN 5

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik darjah apabila para pe

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah aktiviti menlibatkan penerokaan, hands-on, minds-on, hearts-on dan pentaksiran. Ketiga, menga

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF DEFINISI PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Slavin (1982), mendefinasikan pembelajaran koperatif sebagai kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pembelajaran koperatif juga dapat difahami sebagai pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil di mana pelajar bekerja bersama-sama untuk memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan pembelajaran sesama mereka. Maka, secara umumnya, pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. PENDEKATAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Pendekatan kaedah p