APA ITU PEMBELAJARAN MASTERI ?
Pembelajaran
Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus
kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui
pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan
dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan pembelajaran.
Pembelajaran
Masteri (Hunter 1991) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit
pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap
penguasaan murid. Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan penentuan
hasil pembelajaran, dan diikuti dengan pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid adalah untuk memastikan semua
murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dengan
kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut. Setelah dibuat
penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti
pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan
aktiviti pemulihan.
Dalam
Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu Dilaksanakan
oleh guru . Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut:
Dalam pengajaran dan pembelajaran masteri, beberapa perkara perlu diketahui oleh guru. Antaranya:
- kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza
- kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
- kemudahan yang ada
- masa yang diperuntukan
Dengan
mengetahui kebolehan dan keupayaan murid yang berbeza, guru dapat
merancang kaedah pengajaran yang juga berbeza dan pelbagai bagi
memudahkan murid menguasai ilmu yang disampaikan. Dengan merujuk kepada
kadar penerimaan dan kesanggupan, murid akan dapat menguasai ilmu pada
kadar kemampuan mereka. Untuk itu, guru seharusnya mengenali murid
mereka.
sumber :- https://pomizipedagogy.wordpress.com/model/masteri/
Comments
Post a Comment