Skip to main content

CIri-ciri pembelajaran Abad ke-21

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (KUMPULAN 5)


Pengajaran Berpusatkan Pelajar. 
    • Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan dalam abad ke-21 dimana guru masih boleh mengajar tetapi guru bukan lagi sumber utama ilmu pengetahuan dalam kelas.
    • Tiada lagi istilah mendengar guru bercakap dan menyerap maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (PdP).
    • Untuk menyumbang kepada masyaratkat, pelajar perlu mampu mendapatkan maklumat baru.
    • Pelajar mampu menggabungkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada dan menggunakannya untuk menyelesaikan masalah.
    • Pelajar tidak mengharapkan guru memberi jawapan.
    • Guru ditugaskan sebagai fasilitator.
    • Pelajar mengumpul maklumat dengan sendiri dibawah panduan guru.
    • Pelajar tidak menerima maklumat secara pasif.
    • Pelbagai kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar digalakkan untuk digunakan.
    • Pelajar mempunyai motivasi dan tangungjawab yang tinggi.
    • Pelajar terlibat dalam pelbagai jenis aktiviti amali.
    • Pembelajaran adalah tentang penemuan bukan menghafal fakta.



    Pembelajaran Secara Kolaboratif.

    • Belajar untuk bekerja secara kolaboratif.
    • Masyarakat hari ini bekerja secara kolaboratif di serata dunia.
    • Pelajar digalakkan bekerja bersama untuk mendapatkan maklumat.
    • Kolaboratif perlu dinamik. Pelajar perlu belajar bagaimana untuk mengenalpasti pelbagai kekuatan dan bakat setiap orang yang berbeza yang boleh diketengahkan sesuatu tugasan dan menukarkan peranan berdasarkan sifat-sifat ini.
    • Sekolah-sekolah juga patut vekerja secara kolaboratif dengan institusi pendidikan lain untuk berkongsi maklumat serta mempelajari pelbagai amalan dan kaedah yang telah dibangunkan.



    Pembelajaran Secara Kontekstual.

    • Pelajar dianjurkan untuk belajar dalam pelbagai cara dan guru masih memberi bimbingan dalam PdP.
    • Guru memahamkan pelajar bagaimana kemahiran yang sedang dibina boleh diaplikasi dalam kehidupan mereka.
    • Pelajar akan lebih bermotivasi jika mereka mempelajari sesuatu yang dinilainya boleh dilihat.
    • Guru perlu mengambil pendekatan yang menyeluruh dan mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang berguna dalam pelbagai situasi.
    • Matlamat proses pembelajaran akan terbantut jika tiada sebarang impak dalam kehidupan pelajar.



    POST DARI KUMPULAN 5


    Comments