Skip to main content

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK

Pentaksiran autentik merupakan cara untuk mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan pelajar dan pengajaran terurus dikatakan sebagai satu alternatif kepada ujian tradisional.

Ciri-cirinya pentaksiran autentik ialah:
1.  Berorientasikan proses
     Membantu menunjukkan bagaimana murid dapat meningkatkan diri dan bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada.

2. Bersifat dua hala
    Guru dan murid mengambil tanggungjawab bersama, banyak perspektif diambil kira dalam penilaian yang dijalankan

3. Bersistematik
    Merujuk kepada kriteria yang ditetapkan

4. Bersifat autentik
    Berdasarkan aktiviti bilik darjah yang sebenar.
5. Bersifat ujian terbuka
    Lebih dinamik dan fleksibel

Ciri-ciri tugasan autentik merangkumi:
1.    Tugasan autentik hendaklah relevan dengan dunia sebenar.
Penyediaan aktiviti yang bersesuaian dalam tugasan seperti dalam profesion sebenar yang lebih tepat berbanding dengan aktiviti dalam kelas biasa dan tidak konteks.

2.    Tugasan autentik adalah terbuka (ill- defined), memerlukan pelajar mengenal pasti sub-sub tugas yang diperlukan dalam menyelesaikan satu aktiviti.
Penyelesaian masalah dalam tugasan yang diberikan bersifat terbuka kepada pelbagai anggapan dan kaedah, adalah lebih baik daripada mudah diselesaikan dengan penggunaan satu algoritma yang telah ditetapkan atau satu jenis penyelesaian yang sedia ada.

3.     Tugasan autentik mengandungi tugasan yang kompleks untuk dikaji oleh pelajar dalam tempoh masa atau jangka masa yang lebih panjang.
Tugasan yang disiapkan dalam beberapa hari, minggu dan bulan adalah lebih baik daripada beberapa minit dan jam, memerlukan kajian atau penyiasatan yang lebih bermakna iaitu masa yang signifikan dan sumber yang benar dan berintelek.

4.    Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti dan mengkaji tugasan daripada pelbagai perspektif serta menggunakan pelbagai sumber.
Tugasan autentik menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengenal pasti penyelesaian masalah daripada pelbagai perspektif sama ada dari segi teoritikal dan praktikal, lebih baik daripada hanya merujuk kepada satu perspektif di mana pelajar perlu meniru untuk berjaya. Penggunaan sumber yang pelbagai lebih baik daripada rujukan yang terhad bagi membolehkan pelajar mengakses dan mengenal pasti maklumat yang relevan sahaja daripada timbunan informasi yang tidak relevan.

5.    Tugasan autentik memberi peluang kepada pelajar untuk berkolaborasi.
Bekerjasama dan berkolaborasi adalah perlu dalam tugasan sama ada ketika dalam mengikuti kursus mahupun ketika di situasi dunia sebenar. Ia lebih baik daripada pencapaian kejayaan secara individu.

6.     Tugasan autentik memberi peluang untuk refleksi
Aktiviti yang disediakan memberi peluang kepada pelajar membuat pilihan dan refleksi semula ke atas pembelajaran mereka sama ada secara individu ataupun sosial.

7.    Tugasan autentik boleh diintegrasikan dan diaplikasikan meretas displin subjek dan mampu menjangkau lebih dari yang telah dispesifikasikan
Aktiviti menggalakkan perspektif dari pelbagai displin dan membenarkan pelbagai peranan serta kemahiran

8.    Tugasan autentik adalah integrasi menyeluruh bersama dengan penilaian
Penilaian aktiviti adalah secara integrasi menyeluruh dengan tugasan yang lebih besar berkaitan dengan dunia sebenar atau realistik iaitu lebih baik daripada penilaian andaian atau anggapan menggantikan aktiviti sebenar yang berlaku.

9.    Tugasan autentik menghasilkan produk yang lebih bernilai dan bermakna dengan cara yang tersendiri, lebih baik daripada penghasilan hanya untuk memenuhi persediaan sesuatu
Aktiviti yang berakhir dengan produk akhir yang mempunyai makna atau berguna, lebih baik daripada penghasilan sesuatu produk sebagai latihan sahaja atau langkah-langkah penyediaan sesuatu.

10.  Tugasan autentik membenarkan penyelesaian yang bersaing dan kepelbagaian hasil
Aktiviti ini membenarkan kepelbagaian hasil penyelesaian iaitu secara terbuka yang semula jadi lebih baik daripada satu sahaja langkah penyelesaian atau satu sahaja tindak balas benar yang dihasilkan daripada satu aplikasi peraturan atau prosedur tertentu. 


KUMPULAN 5

Comments

Popular posts from this blog

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik darjah apabila para pe

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah aktiviti menlibatkan penerokaan, hands-on, minds-on, hearts-on dan pentaksiran. Ketiga, menga

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF DEFINISI PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Slavin (1982), mendefinasikan pembelajaran koperatif sebagai kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pembelajaran koperatif juga dapat difahami sebagai pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil di mana pelajar bekerja bersama-sama untuk memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan pembelajaran sesama mereka. Maka, secara umumnya, pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. PENDEKATAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Pendekatan kaedah p