Sistem
pendidikan di Malaysia yang berorientasikan peperiksaan kini bakal diubah
menjelang tahun 2010. Dengan ini, satu sistem pentaksiran baru akan
diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi Falsafah Pendidikan
Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan datang. Kini,
ramai dikalangan ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan atau ujian bertulis
tidak sesuai lagi digunakan dalam sistem pendidikan kita terutamanya dalam
pendidikan awal kanak-kanak. Ini adalah kerana, terdapat bias dari segi item
ujian yang bersandarkan kepada norma dan dan pengalaman kumpulan tertentu dalam
masyarakat yang boleh mempengaruhi kesahan sesuatu ujian (Stallman &
Pearson, 1990).
Menurut Ratcliff (1995) dan Reynolds (1982), menyatakan bahawa lebih muda usia kanak-kanak itu, maka lebih cenderung untuk mereka membuat kesilapan disebabkan kekeliruan atau kegusaran akibat suasana ujian. Secara tidak langsung ini menjadikan keputusan serta kebolehgunaan sesuatu penilaian itu diragui.Di samping itu, ramai pendidik merasakan ujian bertulis tidak menepati garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan (Bredekamp dll., 1992; Katz, 1997; Meisels, 1995; Mindes, Ireton & Mardell-Czudnowski, 1995).Walaupun ujian bertulis didapati dapat meramalkan pencapaian kanak-kanak di prasekolah dan di tahap awal pendidikan formal, penilaian seumpama ini dirasakan tidak betul-betul memenuhi kehendak dan tujuan pentaksiran diadakan dalam pendidikan awal kanak-kanak.Untuk itu, konsep pentaksiran autentik telah diunjurkan.
Pentaksiran
autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan
pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah
setiap hari. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah,
kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi
dunia sebenar.
Dalam
erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang
melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap
pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Menurut Grace, (1992), penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga
melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan
‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik.
(Sumber: Buku Educational Assessment of Students)Melalui pentaksiran autentik
ini, ia dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang ada pada mereka melalui cara yang berkaitan
dengan kehidupan mereka dan tidak tertakluk kepada kemahiran dan pengetahuan di
prasekolah sahaja. Terdapat pelbagai kaedah atau teknik yang boleh digunakan
untuk menjalankan pentaksiran autentik ini contohnya melalui portfolio,
pemerhatian, rekod anekdot dan pelbagai lagi.
Dengan
ini dapat disimpulakan bahawa, pentaksiran autentik ini adalah subset kepada
alternatif proses pentaksiran yang mana ia menggunakan spektrum yang lebih luas
untuk melihat perkembangan pelajar dengan lebih menyeluruh dan bukan hanya
tertakluk kepada ujian semata-mata. Spektrum yang luas ini merangkumi situasi
pembelajaran yang sebenar meliputi kehidupan seharian pelajar dan bermakna.
KUMPULAN 3
Comments
Post a Comment