Skip to main content

Konsep Asas dan Definisi Pendidikan Formal, Non Formal dan Informal

Konsep Asas

  •     Pendidikan ditafsirkan sebagai proses mendidik individu atau mempelajari sesuatu secara formal, non-formal dan informal.
  •    Pengajaran ialah tindakan dan bimbingan guru kepada pelajar untuk membantu proses pembelajaran. Istilah dengan erti yang sama digunakan ialah ‘instruksi’ (instruction), iaitu proses memudah cara pembelajaran ke arah mencapai objektif pembelajaran.
  •   Teknologi untuk pendidikan ialah set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah atau memudahkan pengajaran dan pembelajaran. 
  •    Penaksiran dalam konteks pengajaran ialah proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu guru dan pelajar mengetahui sejauh mana pembelajaran telah berlaku. Hasil ini digunakan sebagai maklum balas bagi menambah baik proses pengajaran guru dan pembelajaran murid di samping membantu proses membuat keputusan.
  •    Pembelajaran, pada amnya, ialah proses seseorang membina pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu, akibat dari interaksi antaranya dengan persekitarannya (guru, ibu bapa, rakan, persekitaran fisikal, sosial dan budaya). 


Pendidikan Formal, Non-formal dan Informal

Sistem pendidikan terbahagi kepada tiga jenis iaitu pendidikan formal, pendidikan non-formal dan pendidikan informal.

  • Pendidikan formal

Pendidikan formal ialah pendidikan dalam bentuk kurikulum terancang atau program pengajian dan mata pelajaran yang disusun dan diajar kepada pelajar di  institusi pendidikan seperti sekolah, kolej, politeknik, dan universiti. Biasanya pendidikan formal yang dirancang ini ada peperiksaannya dan membawa kepada penganugerahan sesuatu sijil, diploma, atau ijazah.
  • Pendidikan non-formal

Pendidikan non-formal ialah pendidikan tambahan yang diajar di luar pendidikan formal seperti kegiatan kokurikulum di sekolah (aktiviti sukan, persatuan dan kegiatan beruniform), kursus latihan di jabatan kerajaan atau syarikat swasta untuk menambah kecekapan pekerja, kursus-kursus pendek untuk menambah pengetahuan tentang sesuatu, lawatan sambil belajar yang terancang dan sebagainya.
  • Pendidikan informal

Pendidikan informal ialah pendidikan dan pengalaman yang kita perolehi melalui berbagai aktiviti kehidupan seharian melalui interaksi dengan persekitaran, orang lain seperti ahli keluarga, kawan, ahli masyarakat lain dan dari pemerhatian kita tentang apa yang berlaku di sekeliling kita seperti menonton TV, filem atau mendengar radio.  Keluarga ialah agensi pertama dan amat penting yang memberi pendidikan awal dan pendidikan sokongan. Banyak sekali pengalaman kita diperkayakan, persepsi dan pemikiran kita dibentuk, melalui pendidikan informal ini, yang kita alami setiap masa.

Pendidikan berlaku sepanjang hayat (life-long education) melalui ketiga-tiga jenis pendidikan di atas. 

Kumpulan 6

Comments

Popular posts from this blog

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik darjah apabila para pe

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah aktiviti menlibatkan penerokaan, hands-on, minds-on, hearts-on dan pentaksiran. Ketiga, menga

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF DEFINISI PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Slavin (1982), mendefinasikan pembelajaran koperatif sebagai kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pembelajaran koperatif juga dapat difahami sebagai pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil di mana pelajar bekerja bersama-sama untuk memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan pembelajaran sesama mereka. Maka, secara umumnya, pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. PENDEKATAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Pendekatan kaedah p