Skip to main content
Model Assure
 
 Image result for model assure
 
Digubal oleh Heinich dan rakan-rakannya(1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Ia berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan bukan merangkumi nsatu skop rekabentuk pengajaran yang luas.
Model ini telah mengalami perubahan dan penambahbaikan pada tahun 2002.
Model ASSURE yang terbaru.
 
 
A-Analyse learner(Analisis pelajar)
 
S-State objective(Nyatakan objektif)
 
S-Select method, media, ands materials(Pilih kaedah, media dan bahan)
 
U-Utilise media dan materials(Gunakan media dan bahan)
 
R-Require learner participation(Dorong penglibatan pelajar)
 
E-Evaluate and revise (Nilai dan semak)
ANALISIS PELAJAR – Menganalisis semua ciri pelajar yang ada.
Ciri2 umum – deskripsi umum tentang umur, tahap/tingkatan, latar belakang sosio-ekonomi dan sebagainya.Dengan mengetahui ciri-ciri ini, pengajar  dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan. Untuk mengetahui ciri-ciri ini, guru haruslah meneliti rekod pelajar serta berinteraksi dengan pelajar secara langsung.
kompetensi khusus peringkat masuk  berkait dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka.
stail pembelajaran – merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan bagaimana seseorang itu menanggap, berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran. Stail ini akan memberi kesan yang besar kepada pelajar ketika merekaa belajar melalui pelbagai kaedah dan media.Guru-guru yang merancang program pembelajaran berdasarkan analisis daripada instrumen ini mendapati ia berjaya meningkatkan pencapaian akademik.
NYATAKAN OBJEKTIF
Objektif pembelajaran bukan bertujuan menyekat pelajar untuk belajar Cuma ia merupakan tahap yang minimum tetntang apakah yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.
Apa yang dipelajari itu bukan perkara lama, tetapi sesuatu yang baru kerana pembelajaran itu sendiri bermakna perubahan atau pembaharuan.Ini bermakna objektif harus difokuskan kepada apakah pengetauan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.
PILIH KAEDAH, MEDIA DAN BAHAN.
Terdapat 3 langkah dalam pemilihan di sini :
Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran
Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yag dipilih
Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.
GUNAKAN MEDIA DAN BAHAN
5 Langkah bagi penggunaan media yang baik.

  • Priview bahan  
  • Sediakan bahan  
  • Sediakan persekitaran  
  • Sediakan pelajar  
  • Sediakan pengalaman pembelajaran

LIBATKAN PELAJAR
Pastikan segala strategi dan aktiviti pengajaran anda dirancang bagi memastikan penglibatan murid secara aktif seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.
NILAI DAN SEMAK
Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.Penilaian melibatkan aspek :

  • Menilai pencapaian pelajar  
  • Pembelajaran yang dihasilkan  
  • Menilai media dan kaedah  
  • Kualiti media  
  • Penggunaan guru  
  • Penggunaan murid.  
  • Pencapaian pelajar dibahagikan kepada 3  
  • Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria  
  • Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran  
  • Sikap pelajar.

MENILAI KAEDAH DAN MEDIA
Antara garis panduan ketika menilai media:

  • Amat kreatif dan berkaitan dengan isi pelajaran yang menarik minat pelajar.  
  • Menyokong pemikiran tinggi(sokratik)  
  • Memperkembangakan kemahiran berfikir.  
  • Menyampai kandungan secara mendalam  
  • Meransang naluri ingin tahu pelajar  
  • Dapat melibatkan murid secara aktif  
  • Menghubungkaitkan bidang pelajaran 
  • Meningkatkan nilai murni.

Comments

Popular posts from this blog

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah akti...

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik dar...

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF

KAEDAH PENGAJARAN: PEMBELAJARAN KOPERATIF DEFINISI PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif ialah satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Slavin (1982), mendefinasikan pembelajaran koperatif sebagai kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Pembelajaran koperatif juga dapat difahami sebagai pengajaran yang menggunakan kumpulan kecil di mana pelajar bekerja bersama-sama untuk memaksimumkan pembelajaran masing-masing dan pembelajaran sesama mereka. Maka, secara umumnya, pembelajaran koperatif memerlukan pelajar bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. PENDEKATAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF Pendekatan kaedah p...