PENGGUNAAN
MEDIA DAN TEKNOLOGI
DEFINISI
DAN KONSEP MEDIA
·
Media berasal dari bahasa
Latin yang bermaksud “Perantara” atau “Pengantar”.
·
Media juga adalah suatu alat yang digunakan
sebagai saluran (channel) untuk menyampaikan pesanan (message)
atau informasi dari suatu sumber (resource) kepada penerimanya (reciever)
(Soeparno, 1988:1).
·
Media adalah semua
bentuk perantara yang digunakan orang penyebar idea, sehingga
idea atau gagasan itu sampai pada penerima (Santoso S.hamijoyo).
·
Selain itu, media
adalah segala benda yang dimanipulasi, dilihat, didengar,
dibaca, atau dibicarakan beserta instrumen yang digunakan untuk
kegiatan tersebut (NEA). Menurut Heinich, 1993, media merupakan alat
saluran komunikasi (Heinich, 1993).
·
Media merupakan
peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksana untuk tujuan
menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran (Yusup, 1997, 2001)
DEFINISI MEDIA PENGAJARAN
§ Media
pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan
daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,
minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran.
§ Menurut
Heinich (2002), jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media digelar
sebagai media pengajaran.
§ Menurut
Kemp dan Semellie (1994) pula, media pengajaran sebagai audio visual dan
bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu
pengajaran.
§ Schramm
(1977) mengemukakan bahawa media pengajaran adalah teknologi pembawa pesan yang
dapat dimanfaatkan untuk keperluan pengajaran manakala Briggs (1977) pula berpendapat
bahwa media pengajaran adalah sarana fizik untuk menyampaikan isi pengajaran
seperti buku, filem, video dan sebagainya.
§
Menurut Brown (1973), mengungkapkan bahawa media pengajaran yang
digunakan dalam kegiatan pengajaran dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran.
KELEBIHAN MEDIA PENGAJARAN
1. Memperjelaskan penyampaian mesej
- perkataan disertakan gambar, animasi, bunyi dan muzik disertakan.
2. Mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera
- objek yang terlalu besar atau kecil dapat digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video.
- Gerak yang terlalu lambat atau cepat dapat dibantu dengantimelapse atau high speed photography
- kejadian masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto.
- objek yang terlalu komplek seperti mesin dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah atau lain-lain.
- konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
3. Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi
- dapat mengatasi sikap pasif pelajar
- timbulkan minat , meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti.
- pelajar boleh belajar sendirian (bebas medan) mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing.
4. Pengalaman dan persepsi yang sama
- belajar secara berulang bantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.
- mengelakkan kesulitan kepada kaum guru dalam menghadapi sukatan kurikulum yang sering berubah-ubah.
KEPENTINGAN MEDIA
Dalam proses pengajaran pembelajaran;
• Media
digunakan untuk menghasilkan instruksi dan pembelajaran yang berkesan
•
Instruksi harus
dirancang secara sistematik menggunakan prinsip reka bentuk instruksional,
teori pembelajaran dan komunikasi
• Media
boleh menyumbang dan memudahkan perkembangan intelektual pelajar-pelajar
KOMUNIKASI
VISUAL DALAM PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR (Persembahan Power Point)
ü Komunikasi
Visual jika digunakan bersama instruksi konvensional dapat meningkatkan
pencapaian pelajar, menjadikan idea (perkataan) lebih konkrit, memotivasikan
pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar, serta dapat
memudahkan penyampaian idea atau maklumat yang sukar difahami.
ü Komunikasi
visual juga dapat meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur/papan
hitam atau pen papan putih supaya sebarang komunikasi berbentuk bukan visual
(perkataan/tutur) menjadi lebih nyata.
ü Reka
bentuk visual yang baik dapat meningkatkan komunikasi antara punca (guru) dan
penerima (pelajar).
ü Reka
bentuk visual haruslah mempastikan kebolehbacaan (iaitu menggunakan
tulisan/perkataan dan imej yang jelas).
ü Visual
mestilah mudah untuk diinterpretasi mesejnya oleh pelajar-pelajar melalui
gambar serta warna yang jelas
ü Untuk
menyediakan visual yang baik dalam instruksi, guru harus pertimbangkan tiga
elemen reka bentuk visual berikut:
1. Elemen Visual
(Pilihan jenis visual)
2. Elemen Verbal
(Pilihan jenis huruf)
3. Elemen yang menarik
perhatian (kejutan, tektur, interaksi)
1. Elemen
Visual (Pilihan Jenis Visual)
Terdapat tiga jenis visual:
a. Visual realistik
Lebih
detail dan hampir serupa dengan bahan asal. Mudah difahami tetapi boleh
mengelirukan jika pertama kali ditunjukkan kepada pelajar. Sesuai untuk pelajar
dewasa. Darjah atau kadar realisme
visual menjadi kurang berkesan jika visual terlalu realistik, atau terlalu
abstrak
b. Visual analogik
Menyampaikan
konsep/topik secara analogi. Contoh visual sistem solar untuk menjelaskan
komposisi atom
c. Visual organisasional
Meliputi
carta aliran, graf, peta, dan carta organisasi. Visual ini boleh menunjukkan
hubungan antara satu konsep dengan lain atau menjelaskan susunan konsep dalam
bentuk teks (tulis).
2. Elemen Verbal
a. Prinsip asas penghurufan
Apabila menyediakan sesuatu paparan skrin,
perkara-perkara berikut hendaklah diberi
perhatian;
·
Gunakan antara 8 - 10
perkataan dalam satu baris
·
Gunakan antara 8 – 10
ayat dalam satu skrin/slaid
·
Gunakan jarak optikal
iaitu susunan huruf seperti yang sudah disusun apabila ditaip daripada papan
kekunci komputer.
·
Gunakan huruf besar
jika tajuk itu pendek (tidak lebih daripada 3 perkataan)
·
Gunakan huruf kecil
bagi ayat atau frasa yang panjang
·
Tulis teks mengikut
pola pergerakan mata: dari atas ke bawah atau dari kiri ke kanan
·
Format teks harus
konsisten dari segi jenis dan saiz fon, reka letak, warna dan lokasi
· Teks
panjang yang ditulis dalam huruf kecil lebih jelas dibaca dari teks yang
ditulis dalam huruf besar
·
Jangan tulis terlalu
banyak teks dalam satu skrin. Tingkatkan jarak antara ayat jika teks itu
terlalu panjang
b. Pemilihan huruf/fon
Terdapat
tiga perkara penting yang harus diberi perhatian apabila membuat pemilihan
huruf iaitu;
Stail huruf
· Secara
umumnya huruf-huruf/fon boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu sans serif,
serif dan pelbagai.
· Biasanya
fon sans serif digunakan untuk bahan tayang dan skrin komputer, iaitu seperti Verdana dan Ariel dan
· Huruf/fon
serif pula seperti Times New Roman
digunakan untuk bahan cetak
· Gunakan
satu atau dua jenis fon untuk satu persembahan PowerPoint
· Penggunaan
huruf/fon seharusnya konsisten serta
harmoni dengan elemen lain yang turut digunakan.
· Barisan
ayat yang sangat rapat atau jarak susah dibaca. Teks mudah dibaca jika barisan
antara satu dengan lain ialah 1.5
Saiz dan jenis huruf
· Jarak
pandang dan tinggi huruf bagi bahan bukan tayang
Jarak Pandang
|
Tinggi Huruf (Minimum
|
10 kaki
|
½ inci
|
20 kaki
|
1 inci
|
30 kaki
|
2 inci
|
40 kaki
|
3 inci
|
60 kaki
|
4 inci
|
70 kaki
|
5 inci
|
80 kaki
|
6 inci
|
Saiz
huruf bagi media bukan tayang
· Saiz
dan jenis huruf bagi bahan tayang
Bahan
|
Saiz Huruf (Minimum)
|
Jenis Huruf
|
Power point
|
18 point
|
Sans serif
|
Transparensi
|
18 point
|
Sans serif
|
Video
|
30 point
|
Sans serif
|
Saiz
huruf bagi media tayang
Sans
serif
Serif
Warna
Pemilihan
warna tidaklah boleh dianggap remeh di dalam menyediakan bahan Bantu mengajar.
Warna yang kelihatan cantik pada skrin komputer belum tentu menarik apabila
ditayang dalam bentuk skala besar melalui projektor LCD. Keadaan ini berlaku
kerana dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Bagaimanapun, pemilihan warna
bahan instruksi hendaklah diberikan kepada perkara-perkara berikut;
·
Pilih warna yang ada
kontras antara latar dengan imej atau teks
·
Pilih warna latar yang
lembut dan selesa dipandang
·
Gunakan maksimum tiga
warna dalam satu skrin
·
Warna boleh digunakan
untuk memberi penegasan kepada teks atau grafik
·
Pilih warna yang sesuai
dengan budaya dan sistem sosial pelajar
·
Gunakan warna yang
terang untuk kanak-kanak
·
Warna digunakan untuk
jadikan visual lebih jelas
·
Dapatkan kontras yang
baik antara warna latar dengan visual
3.
Lain-lain
elemen visual
- Kesatuan
Kesatuan ialah elemen visual yang perlu berkait
antara satu dengan lain. Gunakan anak panah, garisan, warna, bentuk dan ruang
untuk menyatukan antara elemen.
- Susunan
Susunan
biasanya merujuk kepada ‘peraturan sepertiga’. Melalui elemen ini, visual
disusun mengikut rentak dari kiri ke kanan. Kawasan sudut kiri atas paling
sesuai sebagai permulaan sesuatu maklumat. Elemen harus rapat dan berkait
antara satu dengan lain (proksimiti). Elemen-elemen boleh disusun dengan
menggunakan anak panah atau warna. Bagaimanapun, susunan haruslah konsisten.
- Garisan
Garisan
merupakan elemen visual yang boleh menunjukkan sesuatu gerakan, arahan dan
perlakuan. Contohnya, garisan melintang menunjukkan kestabilan dan ketenangan.
Garisan tegak menunjukkan kekuatan. Garisan dari penjuru boleh menampakkan
sesuatu gerakan dan dinamik. Garisan perlu tebal dan jelas.
- Imbangan
Imbangan
terbahagi kepada dua jenis iaitu imbangan formal (symetrical) dan imbangan tidak formal (asymetrical). Imbangan formal menunjukkan elemen yang dipaparkan
sama berat kiri dan kanan serta boleh menimbulkan keadaan harmoni dan statik.
Manakala imbangan tidak formal pula bermaksud elemen visual yang dipaparkan
kelihatan sama berat kiri dan kanan tetapi tidak serupa dari segi bentuk atau
kedudukan. Imbangan tak formal lebih dinamik dan menarik perhatian.
- Animasi
Animasi
dapat membantu pelajar menjelaskan sesuatu konsep yang abstrak. Animasi
digunakan untuk membantu komunikasi verbal. Animasi hanya digunakan apabila perlu kerana animasi yang
berlebihan boleh mengganggu tumpuan dan perhatian pelajar.
- Audio
Suara
digunakan untuk menyampaikan maklumat. Sekiranya ucapan merupakan penyampai
utama maklumat, teks ucapan berkenaan boleh ditulis dan dipaparkan di atas
skrin. Keadaan ini akan membantu proses pembelajaran yang menyaimbangkan
pendengaran dan penglihatan pelajar. Sekiranya perlu, muzik latar yang perlahan
(calm) boleh digunakan untuk
menyediakan suasana pembelajaran yang selesa. Suara muzik yang kuat/tinggi
biasanya digunakan untuk memberi amaran atau menyampaikan sesuatu mesej
penting.
Klasifikasi
media
Media
boleh dibeza melalui:
a. Bentuk fisikal atau format
b. Atribut atau ciri-cirinya
Media
instruksional terbahagai kepada dua:
a. Media Cetak
b.
Media bukan cetak
Bil
|
Jenis Media
|
Contoh
|
1
|
Media Tayang Kaku
|
Transparensi, Slaid, Bahan
web, Bahan PBK
|
2
|
Media Tayang Gerak
|
Pita Video, Filem, Bahan
web, VCD, DVD
|
3
|
Grafik
|
Lukisan, Poster, Graf,
Carta, Kartun
|
4
|
Visual Kaku
|
Foto, Kad imbasan, Poskad
|
5
|
Bahan Pameran
|
Diorama, Boneka, Model,
Spisemen, Relia, Mock-up
|
6
|
Alat paparan
|
Papan Putih, Papan Kapur,
Papan Pameran, Papan Buletin
|
7
|
Bahan Audio
|
Pita Kaset, CD,
|
8
|
Media Cetak
|
Buku Teks, Modul, Akhbar,
Majalah, Risalah, Nota
|
9
|
Multimedia/Hypermedia
|
Bahan web, VCD, DVD
|
KEMAHIRAN INTERNET/ICT DALAM PENDIDIKAN
Bermula dengan IT tahun 1990. Kemudian berkembang
menjadi ICT tahun 1996. IT merupakan akronim bagi Information Technology iaitu maklumat yang diperolehi
menerusi teknologi komputer. CT ialah akronim bagi Communication Technology
iaitu maklumat yang disalurkan menerusi alat komunikasi internet. IT(komputer)
dicantumkan dengan CT(Internet) menjadi ICT.
ICT bermaksud teknologi maklumat dan teknologi
komunikasi dalam bentuk digital yang digunakan untuk berkomunikasi serta
menyalurkan maklumat dalam talian atau secara telematik untuk membantu manusia
membangunkan Negara. Dalam pendidikan ICT dapat dilihat melalui penggunaan
e-mail, laman web (www), kumpulan diskusi, dan lain-lain.
Dalam pendidikan, konsep alat bermaksud alat ICT
yang digunakan untuk membantu pengajaran, contohnya komputer dan projektor LCD.
Manakala konsep proses bermaksud alat dan perisian ICT yang digunakan untuk
membina bahan instruksional yang menggunakan reka bentuk instruksional dan
mengitegrasikan bahan dalam kurikulum dan pengajaran. Contohnya menggunakan bahan multimedia dalam
pengajaran.
Bagi membudayakan ICT dalam pendidikan, pelajar dan
guru harus celik ICT dahulu sebelum menggunakannya dalam pengajaran. Celik ICT
boleh didefinisikan sebagai keupayaan individu menguasai kemahiran dan
pengetahuan teknikal dan kemahiran kognitif.
‘ICT literacy is using digital technology, communication tools,
and/or networks to access, manage, integrate and create information in order to
function in a knowledge society’ (International ICT Literacy Panel, 2002).
Sebagai seorang guru, ia harus mempunyai kemahiran
Literasi ICT dan kemahiran instruksional. Kemahiran instruksional menggunakan
ICT ialah proses merancang secara sistematik menggunakan alat dan sumber ICT
untuk meningkatkan proses pengajaran pembelajaran
Contoh
Kemahiran Kogntif ICT:
•
Access: Pilih dan buka enjin
pencarian yang sesuai
•
Manage: Kenal pasti deskriptor yang
tepat
Pilih
dan buka tajuk yang sesuai
Susun Maklumat
•
Integrate: Guna, analisis dan
cantumkan maklumat yang diperolehi
•
Evaluate: Pilih dan nilai maklumat
(Kesahan dan kebolehpercayaan)
•
Create: Bina maklumat baru
berasaskan maklumat yang dipilih dan ditapis
Menggunakan
Word atau PowerPoint.
Hantar bahan melalui
e-mail
CADANGAN KAEDAH P&P, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN
Melaksanakan
pengajaran dengan memberikan penjelasan serta demonstrasi. Pelajar-pelajar menggunakan Kon Pengalaman
Pembelajaran Dale sebagai asas kepada tugasan mengenalpasti topik dan
mencadangkan atau memilih media bagi pengajaran pembelajaran yang akan
dilaksanakan. Penilaian akan diberikan semasa pelajar membuat persembahan dari
aspek ACRS, pemilihan serta penggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran.
Comments
Post a Comment