Skip to main content

PENTAKSIRAN AUTENTIK


PENTAKSIRAN AUTENTIK



Pentaksiran adalah perkataan Latin yang bermaksud ”duduk bersama” antara pentaksir dengan pelajar dan mengesahkan apa yang dilaksanakan oleh pelajar. Melalui pentaksiran yang berterusan ini, guru dapat membuat penilaian berdasarkan kepada tahap pencapaian pelajar dari masa ke masa melalui pengumpulan maklumat dan data dan menganalisis maklumat mengenai tahap kemajuan sesuatu sama ada berbentuk program, individu dan lain-lain. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberiki nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. 
Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah.Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih kepada penggunaan /amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam kedaan sebenarnya (Bhasah, 2007).
Pentaksiran Autentik lebih kepada penggunaan atau amali terhadap sesuatu tugasan yang menghampiri kepada tugasan yang dilakukan dalam keadaan sebenar. Dalam konteks bilik darjah, aplikasi pentaksiran autentik memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang agak kompleks tetapi bererti, berasaskan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah sebenar berlaku.

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
1.Pentaksiran adalah berdasarkan kepada prestasi dan memerlukan murid menunjukkan         penguasaan terhadap  kemahiran tertentu. Semakin hampir sesuatu tugasan kepada keadaan sebenar semakin tinggi darjah autentik pentaksiran tersebut
2. Bentuk pentaksiran yang dijalankan menyerupai situasi sebenar dalam aspek konteks dan attitude professional serta kecekapan
3. Pentaksiran yang dijalankan adalah sejajar dengan kehendak hasil pembelajaran, kandungan kurikulum dan  maklumat kerjaya masa hadapan
4. Menekankan kepada proses pembelajaran , bukan hanya kepada markah peperiksaan 
5. Dapat menarik minat murid dan memberi motivasi kepada murid dalam menyelesaikan tugasan, menyeronokkan, mencabar dan boleh diselesaikan oleh murid
6. Memberi peluang kepada murid untuk membina pemikiran kritikal dan kemahiran menyelesai masalah dalam situasi profesional  
7. Memberi evidens yang kukuh  membuktikan bahawa murid telah mencapai kehendak hasil pembelajaran

Enam Prinsip Pentaksiran Autentik Menurut Lois Bridges ( 1995 )
1.      Pentaksiran autentik merupakan penilaian yang berterusan. Pelajar akan dimaklumkan mengenai aspek pengajaran dan pembinaan kurikulum. Ini kerana pelajar terlibat dengan penilaian tersebut.
2.      Pentaksiran autentik adalah merupakan sebahagian daripada kurikulum. kanak-kanak dinilai manakala mereka terlibat dengan pengalaman pembelajaran di bilik darjah, bukan sahaja sebelum atau selepas unit melalui ujian pra - atau –ujian pasca.
3.       Pentaksiran autentik berkembang sesuai dengan budaya atau persekitaran.
4.      Pentaksiran autentik fokus kepada keupayaan pelajar. Guru menilai bagaimana pelajar boleh lakukan, pengetahuan, bagaimana mereka perlu belajar.
5.      Pentaksiran autentik mengiktiraf penilaian yang paling penting ialah penilaian kendiri. Pelajar dan guru perlu mengetahui apa yang mereka nilai dan dinilai agar dapat mencapai kejayaan yang diharapkan.
6.      Pentaksiran autentik menggalakkan kolaborasi di antara pelajar, guru, ibu bapa bersama untuk memberi refleksi dan menilai pembelajaran.

Perbandingan antara penilaian tradisional dengan  penilaian autentik
Matlamat bagi penilaian autentik telah berfokus pada kefahaman dan membantu kemahiran seseorang pelajar supaya dapat membiasakan diri dalam dunia sebenar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan semasa pengajaran dan akan dijalankan secara berterusan berdasarkan prestasi tingkah laku. Pelbagai kemahiran akan dinilai semasa pengajaran dan juga secara berterusan. Dalam penilaian autentik, ujian akan dijalankan secara kerap dalam pelbagai format.
Penilaian autentik dapat memberikan nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara seperti :
a) Kemahiran penilaian kendiri
b) Kemahiran pemikiran reflektif
c) Kemahiran metakognisi
d) Kemahiran penyelesaian masalah dalam proses belajar
e) Membina kefahaman baru
f) Memupuk penerimaan kendiri, menghargai dan saling menghormati
g) Empowerment dengan memberi keupayaan memilih
h) Penambahan arahan
i) Disiplin tanpa tekanan
j) Disiplin kawalan tugas dan disiplin kawalan kumpulan
k) Pendekatan yang lebih berpusatkan pelajar
l) Kontekstual, konstruktivis, akses kendiri dan misteri
m) Menambah baik pelaksanaan kurikulum

Penilaian tradisional
Penilaian tradisional lazimnya menguji IQ yang belum menggambar kecerdasan sebenar seseorang. Matlamat bagi penilaian tradisional hanya berfokus pada gred dan tahap pembelajaran seseorang pelajar. Ini merupakan satu penilaian yang dijalankan selepas pengajaran. Kemahiran yang terhad hanya akan dinilai selepas pengajaran.  Dalam penilaian tradisional, ujian hanya akan dijalankan sekali. Ia lebih formatif dan dalam bentuk bertulis.

INFO DARI KUMPULAN 2


Comments

Popular posts from this blog

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah akti...

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik dar...

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE DEFINISI MODEL ASSURE Model ASSURE adalah model pengajaran yang bersistem dan berstruktur, di mana ‘matlamat’ dan ‘objektif’ pengajaran ditentukan dahulu secara ekpilisit.  Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan bentuk pengajaran yang digunakan akan member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja (Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu, 2005). Heinich (1982) menyatakan Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Terdapat enam perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu: 1.         A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar) 2...