Skip to main content

PENTAKSIRAN PRESTASI

Pentaksiran prestasi juga dikenali sebagai pentaksiran alternatif atau pentaksiran autentik mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah konsisten dengan teori pembelajaran moden yang menekankan kepentingan pelajar menggunakan pengetahuan alalu dan sedia ada untuk membina struktur pengetahuan baharu, terlibat secara aktif dalam penerokaan dan inkuiri serta membentuk makna untuk diri mereka daripada pengalaman pembelajaran yang dialami. ini dikenali sebagai pendekatan konstruktivis kepada pembelajaran. tugasan prestasi memerlukan pelajar menyatupadukan pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. walau bagaimanapun, pentaksiran jenis ini memerlukan masa yang panjang di samping kesukaran membina tugasan prestasi dan peneydiaan rubrik penskoran. 

CIRI-CIRI UTAMA PENTAKSIRAN PRESTASI

Pentaksiran prestasi boleh digunakan untuk melihat proses dan produk sesuatu tugasan. Guru boleh menaksir melalui pencerapan yang bersistem. Pentaksiran prestasi secara amnya mempunyai dua komponen utama iaitu tugasan prestasi dan satu rubrik penskoran yang jelas. Tugasan presatsi ialah pelaksanaan pentaksiran yang mana memerlukan seseorang pelajar menunjukkan cara penyampaiannya dengan menghasilkan satu jawapan bertulis atau lisan dengan mengambil bahagian dalam aktiviti individu atau berkumpulan atau menghasilakn satu produk yang pelajar hasilkan dan proses yang dilalui pelajar tersebut untuk menghasilkan produk. 

Rubrik penskoran pula ialah satu set peraturan yang digunakan oleh guru untuk mentaksir kualiti prestasi pelajar. Peraturan ini juga yang boleh berbentuk skala kadar atau senarai semak yang mana akan memandu guru untuk membuat pertimbangan. .Namun guru harus memastikan peraturan ini digunakan secara konsisten. 

KUMPULAN 3

Comments

Popular posts from this blog

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah akti...

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik dar...

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE DEFINISI MODEL ASSURE Model ASSURE adalah model pengajaran yang bersistem dan berstruktur, di mana ‘matlamat’ dan ‘objektif’ pengajaran ditentukan dahulu secara ekpilisit.  Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan bentuk pengajaran yang digunakan akan member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja (Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu, 2005). Heinich (1982) menyatakan Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Terdapat enam perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu: 1.         A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar) 2...