Skip to main content

Pentaksiran Tradisional vs. Pentaksiran Alternatif / Autentik


Pentaksiran alternatif merupakan salah satu kaedah yang mana dilihat mampu memberikan satu bentuk pentaksiran menyeluruh potensi pelajar dengan penekanan diberikan pada aspek penting iaitu potensi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Menurut Bailey (1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidak langsung, tidak autentik, one-shot, speed-based, dan rujukan norma. Law & Eckes (1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakan bahawa pentaksiran tradisional adalah ujian-peristiwa tunggal (singleoccasion tests) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapat menunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian.

Dikli (2003) menyatakan bahawa pentaksiran tradisional sering memberi tumpuan kepada kemampuan hafalan dan melihat kembali pembelajaran, yang mana tahap kemahiran kognitif yang lebih rendah. Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata. Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian (Begum & Farooqui, 2008).

Pentaksiran alternatif mula digunakan sebagai satu kaedah yang baru dalam sistem pendidikan disebabkan oleh kesedaran yang semakin meningkat yang mana sebelum ini dipengaruhi oleh ujian berdasarkan kurikulum dan pengajaran sahaja (Dikli, 2003). Selain itu, alat pentaksiran tradisional hanya memerlukan pelajar untuk memaparkan pengetahuan mereka dengan cara yang telah ditentukan terlebih dahulu. Sebaliknya pentaksiran alternatif, mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi. Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar. Sejak pentaksiran alternatif dibangunkan dalam konteks dan dari semasa ke semasa, guru mempunyai peluang untuk mengukur kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelbagai bidang dan situasi (Law & Eckes, 1995).

Pentaksiran alternatif atau pentaksiran untuk pembelajaran adalah proses pembelajaran secara berterusan. Pentaksiran ini dijalankan untuk memastikan setiap pelajar memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan. Guru juga dapat menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar. Reeves (2000) mempercayai bahawa penekanan kepada penilaian prestasi dapat memberi keupayaan kepada pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Pentaksiran yang bersifat alternatif adalah seperti pentaksiran kerja kursus/portfolio, projek, persembahan, aktiviti jasmani, kokurikulum, sahsiah, budi pekerti dan pembinaan jati diri pelajar dapat dilaksanakan.

Pentaksiran tradisional juga mempunyai kelebihan seperti mana terdapat kelemahan pada pentaksiran alternatif. Sebagai permulaan, strategi pentaksiran tradisional yang lebih objektif, boleh dipercayai dan juga sah. Ini dapat dilihat daripada ujian sumatif yang seragam dan mempunyai standard yang tertentu. Sebaliknya, pentaksiran alternatif, membawa beberapa kebimbangan dari segi subjektiviti, kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem pendidikan.

Selain itu, pentaksiran alternatif boleh membebankan guru dari segi masa dan juga tenaga (Law & Eckes, 1995). Sebagai contoh, kepelbagaian produk dalam portfolio, yang dilihat sebagai salah satu kekuatan yang paling penting, boleh membawa masalah kepada guru dalam segi praktikal (Bailey, 1998). Guru mungkin sukar untuk menskor dan memerlukan masa yang panjang untuk menilai prestasi pelajar, tidak seperti ujian aneka pilihan, yang praktikal untuk diskor.

KUMPULAN 3

Comments

Popular posts from this blog

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah akti...

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik dar...

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE DEFINISI MODEL ASSURE Model ASSURE adalah model pengajaran yang bersistem dan berstruktur, di mana ‘matlamat’ dan ‘objektif’ pengajaran ditentukan dahulu secara ekpilisit.  Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan bentuk pengajaran yang digunakan akan member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja (Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu, 2005). Heinich (1982) menyatakan Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Terdapat enam perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu: 1.         A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar) 2...