Skip to main content

PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN TRADISIONAL DAN PENTAKSIRAN AUTENTIK

PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN AUTENTIK DAN PENTAKSIRAN TRADISIONAL


PENTAKSIRAN TRADISIONAL
PENTAKSIRAN ALTERNATIF (AUTENTIK)
Ø  Menurut (Bailey, 1998), pentaksiran tradisional adalah secara tidaklangsung, tidak autentik, one-shot, speed-based dan rujukan norma.

Ø  (Law & Eckes, 1995) menggariskan isu yang sama dan menyatakanbahawa pentaksiran tradisional adalah ujian-peristiwa tunggal (single- occasion tests) iaitu hanya mengukur apa yang pelajar boleh lakukan pada suatu masa tertentu. Walau bagaimanapun, skor ujian tidak dapatmenunjukkan perkembangan pelajar tersebut. Selain itu, ia tidak dapat menggambarkan kesukaran pelajar semasa melakukan ujian.

Ø  (Bailey,1998) juga menyebut bahawa tiada maklum balas yang disediakan kepada pelajar dalam pentaksiran ini.


Ø  Sistem pentaksiran pada masa kini berpandukan kurikulum yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran menghafal semata-mata.

Ø  Kemahiran yang lain tidak diaplikasi, dianalisis, disintesis dan dinilai dalam sesuatupenilaian (Begum & Farooqui, 2008).

Ø  Mentaksir kemahiran berfikir yang lebih tinggi.

Ø  Pelajar mempunyai peluang untuk menunjukkan apa yang mereka belajar.

Ø   Jenis alat pentaksiran ini memberi tumpuan kepada perkembangan dan prestasi pelajar tersebut iaitu, sekiranya seorang pelajar gagal untuk melaksanakan tugas yang diberikan pada masa tertentu, pelajar tersebut masih mempunyai peluang untuk menunjukkan kebolehan pada bila-bila masa yang berbeza dan keadaan yang berbeza.

Ø  Sejak pentaksiran alternatif dibangunkan dalam konteks  dan dari semasa ke semasa, guru mempunyai peluang untuk mengukurkekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelbagai bidang dan situasi (Law& Eckes, 1995).



POST DARI KUMPULAN 5~



Comments

Popular posts from this blog

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah akti...

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik dar...

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE DEFINISI MODEL ASSURE Model ASSURE adalah model pengajaran yang bersistem dan berstruktur, di mana ‘matlamat’ dan ‘objektif’ pengajaran ditentukan dahulu secara ekpilisit.  Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan bentuk pengajaran yang digunakan akan member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja (Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu, 2005). Heinich (1982) menyatakan Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Terdapat enam perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu: 1.         A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar) 2...