Skip to main content

PERKAITAN TEORI PEMBELAJARAN DENGAN KONSTRUKTIVISME

Perkaitan  Penilaian Autentik dengan Teori Konstruktivisme amat jelas. Perkaitan berdasarkan definisi iaitu Penilaian Autentik  melibatkan penilaian pencapaian sebenar(realistik) & bermakna. Pelbagai bentuk pengukuran prestasi bagi mereflek tahap penguasaan pelajar. Teori pembelajaran konstruktivisme sebagaimana diterangkan di atas merupakan teori tentang bagaimana manusia belajar. Meneliti bagaimana manusia membina kefahaman & pengetahuan-melalui pengalaman pembelajaran-membuat refleksi. Dari segi prinsip  asas pula Penilaian Autentik  berdasarkan kurikulum dan mengaplikasi dengan Integrasi kandungan instruksional.  Teori Pembelajaran Konstruktivisme melihat kepada Model 4 fasa iaitu mencungkil idea, menstruktur semula idea, mengaplikasi idea dan membuat refleksi. Manakala dari segi tujuan  Penilaian Autentik  bertujuan ntuk mentafsir hasil pembelajaran, proses dan objektif yang ingin dicapai. Dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme untuk menilai  input, proses dan kualiti produk  dan menilai tugasan   pelajar. Format dan bentuk penilaian pula bagi  Penilaian Autentik  bersifat Holistik,menggunakan rubrik  yang dirancang bersesuaian dengan kemahiran yang ingin diuji.  Serta mengandungi pemarkahan dan open-minded . Sebagai contoh  penilaian projek, penilaian portfolio, penulisan esei. Ini bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme yang dilakukan secara berterusan, secara holistik dan autentik seperti aktiviti berkaitan penyelesaian masalah, koperatif,inkuri penemuan dan  eksperimen.
KUMPULAN 3

Comments

Popular posts from this blog

TEORI KONSTRUKTIVISME

Teori konstruktivisme berasaskan kepada tiga asas utama iaitu murid membina, meruntuh ( deconstruct ), dan membina semula pengetahuan mereka sendiri. Berikutnya, membina, meruntuh dan membina semula sesuatu makna ialah pembelajaran. Seterusnya, pembelajaran berlaku apabila murid menstruktur semula idea sedia ada dengan menghubungkaitkan idea baru dengan yang lama. Prinsip kontruktivisme terdiri daripada proses berterusan dan aktif, melibatkan aktiviti mental dan sosial, penggunaan bahasa, mempunyai konteks, pengetahuan untuk belajar, masa yang mencukupi, serta metakognisi (kesedaran dan kebolehan mengawal proses berfikir seseorang semasa pembelajaran) dan motivasi merupakan komponen penting dalam pembelajaran.                    Konstruktivisme berasaskan empat elemen iaitu permulaan atau mencungkil idea bertujuan membuat perkaitan dengan pengalaman murid. Kedua, penstrukturan semula ialah akti...

TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaziman klasik dan juga pelaziman opreran. Teori ini mengutamakan kemahiran fizikal. Ini kerana tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku cara seseorang bertindak dalam situasi tertentu. Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov menekankan kepada pembentukan asas pembelajaran adalah melalui   perkaitan antara rangsangan dengan   tindak balas. Teori pelaziman Pavlov ini boleh diaplikasikan dalam bilik darjah dimana   guru perlu memberikan rangsangan kepada para pelajar untuk melihat gerak balas daripada rangsangan tersebut.  Contohnya, apabila guru memberikan pujian (rangsangan) terhadap pelajarnya setiap kali mendapat keputusan yang baik (gerak balas) maka gerak balas itu akan menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori Ivan Pavlov ini juga menekankan kepada 3 konsep utama iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Generalisasi boleh berlaku dalam bilik dar...

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE

MODEL PENGAJARAN: MODEL ASSURE DEFINISI MODEL ASSURE Model ASSURE adalah model pengajaran yang bersistem dan berstruktur, di mana ‘matlamat’ dan ‘objektif’ pengajaran ditentukan dahulu secara ekpilisit.  Model ASSURE merupakan satu rujukan kepada guru di mana guru boleh merancang secara sistematik supaya alat dan bentuk pengajaran yang digunakan akan member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Model reka bentuk pengajaran yang berorientasikan bilik darjah merupakan model reka bentuk pengajaran yang beskala kecil dan tertumpu kepada perancangan bagi satu masa pengajaran sahaja (Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Dr. Ramlah Hamzah dan Dr. Rosini Abu, 2005). Heinich (1982) menyatakan Model ASSURE digubal untuk menyediakan panduan merancang dan pengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Terdapat enam perkara penting yang perlu dititikberatkan iaitu: 1.         A = Analyze the learner (kenal pasti pelajar) 2...